Banyak artis mati akibat Covid-19, Nikita rajin solat Tahajud - Utusan Malaysia

Banyak artis mati akibat Covid-19, Nikita rajin solat Tahajud

NIKITA MIRZANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon, Nikita Mirzani menyedari banyak hikmah yang berlaku di sebalik serangan pandemik Covid-19 yang kian meningkat di Indonesia.

Melihatkan ramai rakan artis yang meninggal dunia akibat wabak itu membuatkan Nikita semakin rajin beribadah.

“Saya melihat ramai rakan artis meninggal dunia secara tiba-tiba, saya menjadi takut.

“Saya belum bersedia dan mempunyai hobi baru sekarang iaitu solat Tahajud,” katanya seperti dilaporkan Suara.com.

Perubahan yang berlaku pada dirinya kerana dia tidak mahu mati dalam usia muda.

Janda anak tiga itu mengaku menjadi takut dengan situasi sekarang sehingga rajin menunaikan solat pada waktu malam.

Ujar pelakon berusia 35 tahun itu, kematian adalah nasihat paling berguna.

Dia yang tampil dengan imej baharu dan sudah berhijab turut bimbang anak-anaknya menjadi yatim piatu sekiranya dia dijemput pulang ke negeri abadi lebih awal.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN