Bangkok dan sembilan wilayah jalani perintah berkurung minggu depan - Utusan Malaysia

Bangkok dan sembilan wilayah jalani perintah berkurung minggu depan

TOKONG Wat Ratchanatdaram di Bangkok, Thailand. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Bangkok dan sembilan wilayah di Thailand termasuk di selatan negara ini akan menjalani perintah berkurung bermula Isnin depan (12 Julai) ketika kes jangkitan Covid-19 terus meningkat di negara ini.

Penduduk di Bangkok dan wilayah berhampirannya seperti Nakhon Pathom, Nonthaburi, Pathum Thani, Samut Prakan dan Samut Sakhon, serta Narathiwas, Pattani, Songkhla dan Yala di selatan Thailand dinasihatkan supaya duduk di rumah dan hanya keluar untuk urusan penting.

Sepanjang tempoh perintah berkurung dilaksanakan, kedai serbaneka dan pasar akan di tutup dari pukul 8 malam hingga 4 pagi di Bangkok dan kawasan sekitarnya.

Kerajaan turut mengarahkan beberapa bahagian di pusat beli-belah di keenm-enam wilayah ini, kecuali bahagian pasar raya yang menjual barangan keperluan harian.

Restoran dan kedai makan juga dibenarkan beroperasi sehingga pukul 8 malam, namun hanya untuk penghantaran dan bungkusan.

Selain itu, lokasi yang merekodkan kadar jangkitan tinggi akan terus ditutup, termasuk pusat urut dan spa kecantikan.

Semua pekerja sektor kerajaan dan swasta pula diarahkan bekerja dari rumah.

Perintah berkurung waktu malam akan dilaksanakan dari pukul 9 malam hingga 4 pagi kecuali atas urusan kecemasan.

Sementara itu, sekolah di kesemua wilayah yang dikenakan perintah berkurung akan ditutup buat sementara waktu dan melaksanakan kaedah pembelajaran secara dalam talian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya