JAKARTA: Seorang artis lelaki Indonesia, Ruben Onsu berbangga apabila memiliki sebuah ‘bantal busuk’ yang sudah mencecah usia 20 tahun.
Ruben sering membawa bantal itu ke maha sahaja dia pergi, lapor Tribunnews.
Bantal itu dibelinya di Pasar Tebet dengan harga 25,000 rupiah (RM7.30).
Ketika itu, dia belum memiliki rumah dan hanya tinggal di sebuah asrama.
“Sejak dua dekad lalu, saya tidak pernah menukar sarung bantal itu. Bantal itulah yang sering menjadi peneman ketika susah sehingga senang,” katanya.
Menurut Ruben, bantal itu mempunyai keistimewaan tersendiri kerana membuatkannya senang tidur.