Arab Saudi terima jemaah umrah antarabangsa 9 Ogos depan - Utusan Malaysia

Arab Saudi terima jemaah umrah antarabangsa 9 Ogos depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Arab Saudi akan mula menerima jemaah umrah antarabangsa secara berperingkat bermula 1 Muharram 1443H (9 Ogos) dengan beberapa syarat seperti jemaah lengkap divaksin.

Bakal jemaah mestilah mempunyai rekod kesihatan yang baik serta mematuhi protokol ditetapkan bagi memastikan keselamatan jemaah antarabangsa.

Lapor Arab News, ratusan syarikat umrah mula bersiap sedia menerima kehadiran jemaah ke tanah suci.

Menerusi platform dalam talian, jemaah umrah akan diberikan akses terhadap 500 perniagaan yang menyediakan kemudahan penerbangan, pengangkutan, hotel dan syarikat umrah.

Ahli Jawatankuasa Kebangsaan bagi Haji dan Umrah, Hani Al-Omairi berkata, sebanyak 30 laman web dan platform tersedia bagi tempahan antarabangsa.

“Kursus kesihatan dan pengurusan kesesakan akan diberikan kepada semua pekerja di beberapa syarikat yang terlibat dengan operasi umrah,” katanya.

Hani berkata, sebanyak 250,000 jemaah tempatan boleh mendaftar, membuat janji temu dan diberikan permit bagi fasa pertama.

Seramai 10,000 jemaah antarabangsa dibenarkan memasuki semula ke Arab Saudi semasa fasa ketiga, 1 November depan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN