618 petugas perubatan Thailand yang sudah lengkap vaksin dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

618 petugas perubatan Thailand yang sudah lengkap vaksin dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kementerian Kesihatan Thailand hari ini memaklumkan lebih 600 petugas perubatan yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 keluaran Sinovac dilaporkan dijangkiti virus tersebut.

Situasi itu secara tidak langsung memberi gambaran bahawa kerajaan Thailand bercadang untuk memberi dos  ketiga vaksin Covid-19 bagi menguatkan sistem imunisasi.

Daripada 677,348 petugas perubatan yang menerima dua dos vaksin Sinovac, seramai 618 orang dijangkiti Covid-19 dari April hingga bulan ini.

Selain itu, jangkitan tersebut turut menyebabkan seorang jururawat maut dan seorang lagi kritikal.

Panel pakar mencadangkan supaya dos ketiga diberikan untuk menguatkan sistem imunisasi golongan petugas perubatan yang berisiko tinggi.

Pegawai kanan kesihatan, Sopan Iamsirithawon berkata, dos ketiga itu mungkin melibatkan pemberian vaksin keluaran AstraZeneca atau yang menggunakan teknologi mRNA.

Katanya, cadangan tersebut akan dipertimbangkan oleh kerajaan esok.

Pengumuman itu dibuat ketika negara ini merekodkan 9,418 kes jangkitan baharu hari ini dengan jumlah kes keseluruhan 336,371 dan 2,711 kematian sejak pandemik bermula tahun lalu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya