4 penduduk India maut jatuh perigi - Utusan Malaysia

4 penduduk India maut jatuh perigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh selepas beberapa penduduk kampung terjatuh ke dalam perigi semasa cuba menyelamatkan seorang wanita yang terjatuh di Vidisha, Madhya Pradesh.

Lapor India Today, kejadian berlaku di Ganj Basoda, kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar.

Menurut penduduk tempatan, perigi itu mempunyai kedalaman 15 meter dengan paras air enam meter.

Mangsa dikatakan jatuh ke dalam perigi sekitar pukul 6 petang semalam dan beberapa penduduk cuba masuk ke dalam untuk menyelamatkannya.

Dinding perigi itu kemudian retak sehingga menyebabkan beberapa individu yang berada di tepi perigi terjatuh ke dalam air.

Sebanyak empat mayat berjaya ditemukan dengan lebih 15 orang diselamatkan.

Sementara itu, 13 individu masih hilang dan operasi menyelamat masih dijalankan.

Menteri Vidisha Guardian, Vishwas Sarang berkata, seramai 19 orang berjaya diselamatkan dan tanah di kawasan itu berbahaya kerana sudah mendap.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN