33 maut bas rempuh lori kontena di Pakistan - Utusan Malaysia

33 maut bas rempuh lori kontena di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MULTAN: Sebuah bas yang membawa sejumlah pekerja pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan Hari Raya Aidiladha merempuh trak kontena di sebuah lebuh raya di tengah Pakistan hari ini.

Kemalangan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 33 orang maut dan 40 cedera.

Menurut polis, bas tersebut bertolak dari bandar Sialkot menuju ke bandar Dera Ghazi Kan di wilayah Punjab.

Jurucakap polis, Hassan Javed berkata, siasatan awal mendapati bas itu dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh trak berkenaan.

Namun, katanya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Pasukan penyelamat dikerah ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari serta menyelamat.

Mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan dan pemandu bas merupakan antara yang maut.

Menteri Sumber Maklumat Pakistan, Fawad Chaudhry dalam pada itu menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN