100 wanita dan kanak-kanak Nigeria yang diculik, dibebaskan - Utusan Malaysia

100 wanita dan kanak-kanak Nigeria yang diculik, dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Kira-kira 100 wanita dan kanak-kanak di barat laut Nigeria telah dibebaskan selepas diculik oleh kumpulan penjenayah di negara itu.

Lapor BBC, pihak berkuasa berkata, wanita dan kanak-kanak itu diculik pada 8 Jun lalu di wilayah Zamfara.

Jelasnya, empat orang terbunuh dalam insiden tersebut.

Menurut kerajaan negeri Zamfara, kesemua wanita dan kanak-kanak itu dibebaskan tanpa sebarang wang tebusan.

Kerajaan negeri itu bagaimanapun tidak memperincikan butiran lanjut mengenai perkara tersebut.

Wanita dan kanak-kanak itu ketika ini sedang menerima rawatan sebelum dihantar pulang ke rumah masing-masing. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya