Wanita terima 3 dos vaksin dalam seminit - Utusan Malaysia

Wanita terima 3 dos vaksin dalam seminit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang wanita berusia 28 tahun mendakwa menerima tiga suntikan dos vaksin dalam tempoh seminit di Pusat Vaksinasi di Anandnagar.

Lapor India Today, wanita itu melaporkan kes kecuaian petugas kesihatan kepada suaminya yang bekerja di Thane Municipal Corporation (TMC).

Suaminya kemudian membawa isu itu ke pengetahuan syarikat dan tidak berminat mengemukakan aduan kerana dia bekerja di syarikat sama.

Katanya, isterinya tidak mengetahui proses vaksinasi kerana menerima suntikan itu buat pertama kali.

“Isteri saya demam semasa hari disuntik vaksin, namun, beransur pulih keesokan paginya,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perubatan TMC, Dr. Khushboo Tawre berkata, sepasukan doktor mengunjungi rumah wanita itu dan mendapatinya berada dalam keadaan sihat.

Pihaknya juga telah membentuk jawatankuasa bagi menyiasat perkara itu.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN