WASHINGTON: Suspek yang merancang serangan bom di Kuta, Bali serta Hotel JW Marriot dan Ritz Carlton pada 2003, akan dibicarakan di hadapan Suruhanjaya Tentera Amerika Syarikat di Teluk Guantanamo, 30 Ogos depan.
Serangan bom di Bali mengorbankan 202 mangsa manakala, serangan di Hotel JW Marriot dan Ritz Carlton mengorbankan 11 orang.
Riduan Isamuddin turut dikenali sebagai Hambali dan dua suspek lain terlibat dalam serangan keganasan yang berlaku 18 tahun lalu.
Hambali yang berusia 57 tahun diberkas di Ayutthaya, Thailand pada 14 Ogos 2003 menerusi operasi bersama AS-Thailand dan dipindahkan ke Guantanamo pada September 2006.
Dia dipercayai menjadi dalang yang mengatur strategi bagi organisasi Jemaah Islamiyah.
JI sebelum ini dipercayai mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda dan Islamic State.
Hambali tidak didakwa secara rasmi di AS dengan sebarang jenayah sehingga Januari lalu dan dikehendaki di Malaysia, Singapura dan Filipina berhubung rancangan pengganas. -AGENSI









