Simpan 25 ayam dalam rumah, lelaki dihadapkan ke mahkamah - Utusan Malaysia

Simpan 25 ayam dalam rumah, lelaki dihadapkan ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah kerana menyimpan 25 ayam di rumahnya di pangsapuri Pasir Ris selain kesalahan mempunyai ladang tidak berlesen.

Channel News Asia melaporkan, Eric Woo Yoke Meng, 50, berdepan tiga pertuduhan di bawah Peraturan Haiwan dan Burung (Pelesenan Ladang), (Pencegahan Penyakit Burung dalam Premis Bukan Komersial) dan (Pameran dan Kedai Haiwan Peliharaan).

Dia dituduh menyimpan 25 ayam di rumahnya di tingkat sembilan, Blok 275, Jalan Pasir Ris 21, 9 Julai lalu.

Berdasarkan Peraturan Haiwan dan Burung 2006, tiada individu dibenarkan menyimpan lebih 10 ayam di mana-mana premis bukan komersial.

Sabit kesalahan boleh didenda sehingga 5,000 dolar Singapura (RM15,500).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN