Sembilan orang maut dalam serangan berasingan di Colombia - Utusan Malaysia

Sembilan orang maut dalam serangan berasingan di Colombia

TENTERA mengawal di luar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Camilo Daza selepas sebuah helikopter yang membawa Presiden Colombia, Ivan Duque diserang dengan beberapa tembakan pada Jumaat lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk empat anggota polis maut dalam tiga serangan berasingan di Colombia.

Colombia menyaksikan keganasan dan ketidakstabilan semakin meningkat di beberapa kawasan dan bahagian negara itu.

Lapor Al Jazeera, polis menerusi kenyataan memaklumkan tiga anggota polis yang tidak bertugas maut dalam serangan sekumpulan lelaki bersenjata di timur laut bandar Pailitias.

Menurut polis, isteri kepada salah seorang anggota polis itu juga mengalami cedera dalam insiden tersebut.

Di bahagian selatan Colombia, sebanyak lima lelaki ditemukan maut di San Vicente del Caguan, kata Datuk Bandar Julian Perdomo kepada AFP.

Menurut Datuk Bandar Jorge Ivan Ospina, anggota polis keempat juga maut dalam serangan kumpulan bersenjata di kawasan kejiranan bandar Cali di barat daya negara itu.

Setakat ini, belum pasti pihak yang bertanggungjawab melakukan mana-mana serangan tersebut.

Siri serangan itu berlaku selepas sebuah helikopter yang membawa Presiden, Ivan Duque dan beberapa pegawai lain diserang dengan beberapa tembakan berhampiran sempadan Colombia dengan Venezuela pada Jumaat lalu.

Tiada orang cedera dalam insiden tersebut namun beberapa gambar yang dikeluarkan menunjukkan bahagian ekor dan rotor helikopter terkena tembakan.

Kerajaan Colombia menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak tiga bilion peso kepada individu mempunyai maklumat yang dapat membantu membawa kepada penahanan pihak bertanggungjawab atas serangan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN