Sami ditemui mati tergantung dalam kuil - Utusan Malaysia

Sami ditemui mati tergantung dalam kuil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UTTAR PRADESH: Seorang sami berusia 15 tahun ditemui tergantung dalam kuil dipercayai membunuh dirinya sendiri.

Mangsa dikenali sebagai Vijayendra Giri merupakan sami di Kuil Durga berdekatan pejabat pos di kawasan itu.

Superitendan Kanan Polis, Rohit Singh Sajwan berkata, kes itu berkemungkinan adalah cubaan membunuh diri dan pihaknya masih menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, rakan mangsa di kuil itu mendakwa lelaki itu dibunuh.

Mangsa merupakan pengikut Gabbar Giri dan pengikut kuil berdekatan, Kuil Hanuman mendakwa beberapa lelaki tempatan membunuhnya selepas berlaku pertikaman lidah antara mereka, Ahad lalu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN