Pukul isteri tolak ajakan lakukan seks, lelaki dipenjara - Utusan Malaysia

Pukul isteri tolak ajakan lakukan seks, lelaki dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki dihukum penjara selama dua minggu selepas disabit kesalahan menyerang isterinya selepas wanita itu menolak ajakan melakukan hubungan intim.

Calvin Kok Chong Meng, 32, mengaku bersalah atas dakwaan melakukan keganasan domestik terhadap isterinya yang mempunyai perintah perlindungan peribadi (PPO) terhadapnya.

Calvin turut berdepan dengan satu lagi pendakwaan iaitu mencederakan isterinya secara sengaja.

Mahkamah dimaklumkan mangsa memperoleh PPO terhadap Calvin pada 18 Januari lalu selepas dia dipukul lelaki tersebut.

Pada 17 Mac lalu, Calvin yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk mengajak isterinya melakukan hubungan intim, namun permintaanya ditolak.

Selepas itu, lelaki tersebut memukul isterinya dan pada hari yang sama, mangsa turut mendapatkan rawatan perubatan bagi beberapa kecederaan di muka, kepala, leher, tangan dan paha.

Mangsa turut membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Bagi kesalahan melanggar PPO, Calvin boleh dihukum penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga S$2,000 (RM6,212) atau kedua-duanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya