Pengetua larang pakai skirt di sekolah - Utusan Malaysia

Pengetua larang pakai skirt di sekolah

PENGETUA Sekolah St. Martin di Caerphilly, Wales, United Kingdom, Lee Jarvis. -MEDIA WALES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WALES: Seorang pengetua akhirnya melarang pemakaian skirt di Sekolah St. Martin di Caerphilly selepas menerima aduan mengenai pakaian yang sangat tidak sesuai dan terlalu terdedah sejak bertahun-tahun sebelum ini.

Lapor Metro, arahan itu menyebabkan segelintir ibu bapa tidak berpuas hati selepas disuruh membeli seluar panjang atau pendek bagi sesi persekolahan tahun baharu.

Malah, golongan murid turut mengeluh kerana peraturan baharu itu dilihat tidak adil selepas diarah memakai pakaian sopan di tempat kerja.

“Sejak bertahun-tahun sebelum ini, komuniti sekolah melahirkan kegusaran mengenai saiz skirt pelajar.

“Oleh itu, arahan ini terpakai kepada golongan guru dan pelajar kerana orang ramai kerap menghubungi pihak sekolah mengadu tentang perkara ini yang mereka anggap sangat tidak sesuai kerana pakaian itu terlalu terdedah sebelum ini,” kata Lee Jarvis menerusi kiriman emel kepada ibu bapa.

Menurut Jarvis, skirt akan dikeluarkan daripada pakaian rasmi seragam sekolah bermula September depan.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya