Pengamal media Palestin adakan tunjuk perasaan gesa perlindungan - Utusan Malaysia

Pengamal media Palestin adakan tunjuk perasaan gesa perlindungan

PENGAMAL media Palestin berhimpun di luar sebuah bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Ramallah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Puluhan pengamal media Palestin berhimpun di luar sebuah bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Ramallah bagi menuntut kebebasan media selepas diserang oleh polis ketika membuat liputan di demonstrasi susulan kematian aktivis terkemuka dalam tahanan.

Nizar Banat, 43, dari Hebron yang dikenali di media sosial kerana lantang bersuara mengenai isu rasuah dalam kalangan Pihak Berkuasa Palestin (PA), meninggal dunia minggu.

Pertembungan antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan Palestin menyebabkan beberapa wartawan cedera.

Menurut pertubuhan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), sebanyak 12 wartawan Palestin termasuk lima wanita diserang oleh pasukan keselamatan Palestin ketika rusuhan yang berlaku di Tebing Barat semalam.

Wartawan dari The New Arab, Naila Khalil berkata, pengamal media Palestin sudah mengemukakan surat kepada PBB menggesa agensi antarabangsa itu mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi kebebasan media.

Wartawan dari agensi berita Ultra Palestine, Mohammed Gharafi berkata, dia diserang oleh pasukan keselamatan Palestin yang mengugut untuk merampas telefon bimbitnya sekiranya tidak berhenti merakam protes tersebut.

Sementara itu, kumpulan hak asasi manusia di Ramallah memaklumkan telah menubuhkan sebuah pasukan perundangan untuk menguruskan isu serangan terhadap pengamal media.

Ketua Pengarah Suruhanjaya Bebas untuk Hak Asasi Manusia, Ammar al-Dwaik berkata, beberapa organisasi sudah mengambil keterangan pengamal media yang diserang ketika membuat liputan media di demonstrasi di Ramallah sejak beberapa hari lalu.

“Wartawan sengaja disasarkan terutamanya golongan wanita ketika membuat liputan media di lapangan. Mereka diserang, kamera atau alat komunikasi juga dirampas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya