RIYADH: Penduduk Arab Saudi yang berusia bawah 18 tahun dan tidak menerima suntikan vaksin Covid-19 serta mereka yang dikecualikan atas sebab kesihatan masih dibenarkan memasuki premis perniagaan di negara ini.
Kerajaan Arab Saudi pada Ahad lalu mengumumkan individu yang tidak menerima suntikan vaksin tidak diberikan akses untuk memasukai mana-mana premis perniagaan bermula 1 Ogos ini.
Namun, jurucakap Kementerian Perdagangan semalam memaklumkan larangan tersebut tidak termatub kepada mereka yang berusia bawah 18 tahun serta tidak mendapat suntikan vaksin atau golongan berisiko dijangkiti Covid-19.
Kira-kira 15.9 juta suntikan vaksin sudah diberikan kepada penduduk di negara ini.
Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri meminta setiap pengunjung yang memasuki premis perniagaan termasuk pusat beli-belah perlu mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin atau sudah diberi vaksin selepas pulih dari Covid-19.
Langkah itu mendapat sambutan baik dari rakyat Arab Saudi yang menyatakan mereka berasa lebih selamat dan dilindungi sekiranya tempat tumpuan ramai dipenuhi dengan pengunjung yang sudah menerima vaksin.
Sehingga semalam, Arab saudi merekodkan sebanyak 1,109 kes jangkitan baharu Covid-19 dengan jumlah kematian akibat virus tersebut adalah 7,590 kes.










