MUMBAI: Seorang pempengaruh media sosial ditahan polis selepas memuat naik klip video berbahaya memaparkan aksinya melakukan aksi ngeri di landasan kereta api di Mumbai.
Armaan Shaikh, 21, dilihat berlakon membunuh diri sambil memegang pemetik api yang kelihatan seperti pistol dan berpura-pura menembak dirinya.
Selepas kilp video itu menjadi tular, pihak polis mengesan lokasi tesebut di kawasan kediaman Ghatkopar.
Ini merupakan tangkapan kali kedua sejak perintah berkurung dilaksanakan tahun lalu ketika lelaki itu memaparkan aksi ngerinya.
“Kami mengenal pasti lokasi landasan itu berdekatan Jogeshwari dan memantau akaun media sosial dan menyemak video yang dimuat naik,” katanya.
Tahun lalu, dia turut ditahan bersama rakannya, Arbaaz Khan di Vikhroli kerana melakukan aksi ngeri ketika bermotosikal.
Menerusi video itu, mereka cuba berdiri di atas motosikal semasa menunggangnya. -AGENSI