fbpx

14 Jun 2021, 7:16 am

  TERKINI

Negara G7 janji sumbang 1 bilion dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sidang kemuncak negara G7 yang berlangsung hari ini berjanji akan menyumbangkan satu bilion dos vaksin Covid-19 untuk negara-negara termiskin di dunia.

Komitmen itu dizahirkan oleh pemimpin G7 semasa persidangan yang bertujuan menamatkan segera penularan wabak serta menjana pemulihan ekonomi.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan rakan-rakan pemimpin dari Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Itali dan Jepun akan bersidang secara bersemuka setelah pertemuan itu tergendala hampir dua tahun akibat serangan virus Covid-19.

Pemimpin dunia itu turut dijangka membincangkan peringatan terhadap Rusia dan China.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu diadakan di Resort Cornish, Teluk Carbis, di barat daya England.

Kesemua ketua negara itu akan bersidang semula Isnin depan di Brussels bagi mengadakan mesyuarat bersama pemimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Selepas itu, Biden akan mengadakan sidang kemuncak pertama dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Geneva berhubung tingkah laku negara itu.