NASA umum dua misi baharu ke Zuhrah - Utusan Malaysia

NASA umum dua misi baharu ke Zuhrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) mengumumkan bakal melancarkan dua misi baharu ke planet Zuhrah.

Misi tersebut bagi mengkaji atmosfera dan ciri geologi planet tersebut.

Lapor BBC, misi itu yang masing-masing dibiayai dana sebanyak AS$500 juta (RM2.06 bilion) akan dilancarkan antara tahun 2028 dan 2030.

Pentadbir NASA, Bill Nelson berkata, misi itu akan menawarkan peluang untuk mengkaji planet yang dijejaki lebih 30 tahun lalu.

Sebelum ini, NASA menghantar pesawat pengorbit Magellan ke planet itu pada tahun 1990.

Bagaimanapun, dilaporkan beberapa kapal angkasa lain pernah melalui atmosfera planet itu sejak tempoh berkenaan.

Misi itu dipilih berdasarkan nilai saintifik yang berpotensi dan kebolehlaksanaan pelan pembangunan mereka.

Misi dikenali Davinci (Deep Atmosphere Venus Investigation of Noble gases, Chemistry and Imaging) akan meneliti atmosfera planet untuk mendapat gambaran mengenai bagaimana dibentuk dan perkembangannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.