Mahkamah Australia denda 12 kumpulan media A$1.1 juta - Utusan Malaysia

Mahkamah Australia denda 12 kumpulan media A$1.1 juta

GEORGE PELL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Mahkamah Australia mengenakan denda sebanyak A$1.1 juta (RM3.5 juta) terhadap 12 kumpulan media di negara ini berhubung liputan mengenai kes penderaan seksual melibatkan bekas bendahari Vatican, Kardinal George Pell.

Kesemua kumpulan media itu mengaku bersalah kerana melanggar perintah perundangan yang melarang mereka membuat liputan mengenai kes tersebut pada 2018.

Antara 12 kumpulan media terlibat termasuk News Corp milik Rupert Murdoch yang disaman sebanyak A$430,000 (RM1.4 juta) atas laporannya yang disiarkan dalam portal The daily Telegraph dan beberapa akhbar lain.

Perintah larangan itu dilaksanakan untuk menghalang sebarang prejudis yang boleh mengganggu perbiaraan melibatkan Pell.

Di bawah perintah tersebut, wartawan dilarang daripada membuat liputan sebarang maklumat melibatkan kes tersebut, termasuk pendakwaan yang dikenakan terhadap Pell pada Disember 2018.

Namun, Mahkamah Tinggi Australia kemudiannya membatalkan dakwaan bersalah terhadap Pell menerusi rayuan.

Bekas paderi itu didakwa melakukan penderaan seksual terhadap dua kanak-kanak di Gereja St Patrick di Melbourne pada 1990-an. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN