Lelaki suka berbogel di rumah jiran - Utusan Malaysia

Lelaki suka berbogel di rumah jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Seorang lelaki yang suka berbogel dan kerap berkeliaran di Sendang Rejo, Binjai, Langkat akhirnya berjaya ditangkap.

Tribunnews melaporkan, lelaki bernama Mika Sanjaya merupakan penduduk di Jalan Bhakti di kampung tersebut.

Ketua Perhubungan Awam Polis Binjai, Siswanto Ginting berkata, suspek melakukan perkara itu sebanyak dua kali.

Katanya, sebelum berbogel di Kampung Sendang Rejo, lelaki itu pernah berbogel di Kampung Cengkeh Turi dalam bandar yang sama.

“Selepas kejadian pertama, dia diusir oleh penduduk kampung dan berpindah ke Sendang Rejo. Kes pertama itu diselesaikan secara baik, namun, ternyata pelaku masih meneruskan aksi beraninya,” katanya.

Menurut Siswanto, pelaku akan minum tuak sebelum melakukan aksi tidak masuk akal itu dan suspek mengaku kesalahan yang dilakukannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya