Lelaki Singapura diberkas terlibat sindiket dadah RM1 bilion - Utusan Malaysia

Lelaki Singapura diberkas terlibat sindiket dadah RM1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki diberkas selepas disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah bernilai 8 bilion baht (RM1 bilion) di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Bangkok Post melaporkan, tangkapan itu dilakukan dengan kerjasama Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik, Jabatan Kastam dan Pusat Keselamatan Angkatan Tentera Thailand.

Pengarah Bahagian Penyiasatan Kastam, Decha Wichaidit berkata, suspek Tao Shi Ji merupakan rakyat Singapura ditangkap pada pukul 7 pagi kerana membawa dadah syabu Jenis 1 dan syabu metilenioksi Jenis 3-4 dengan niat untuk mengedar.

Katanya, turut ditemui adalah tiga kilogram syabu dan 1,320 pil ekstasi yang disorokkan dalam bungkusan ketika ingin melakukan penerbangan pulang ke Singapura.

Turut dijumpai adalah peralatan eletrik yang digunakan bagi menyembunyikan dadah tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya