Lelaki miliki 39 isteri, 200 anak dan cucu meninggal dunia - Utusan Malaysia

Lelaki miliki 39 isteri, 200 anak dan cucu meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AIZAWL: Seorang lelaki yang diiktiraf dunia kerana mempunyai bilangan ahli keluarga terbesar disahkan meninggal dunia di hospital ketika mencecah usia 76 tahun.

Times of India melaporkan, Ziona mempunyai 39 isteri dan kira-kira 200 anak serta cucu.

Mereka tinggal di Kampung Chhuan Thar Tlangnuam di Mizoram, India.

Menurut sumber, Ziona dibawa ke hospital pada pukul 3 petang semalam, tetapi doktor gagal menyelamatkan dirinya.

Dia disahkan menghidap beberapa penyakit seperti darah tinggi dan diabetis.

Ziona dikenali sebagai ‘hotupa’ iaitu ketua dalam kalangan penduduk dilahirkan pada 21 Julai, 1944.

Dia mula berkahwin dengan isteri pertama, Zathiangi, 1959 semasa berusia 15 tahun.

Isteri kedua dinikahinya ketika berusia 24 tahun pada 1968 dan perkahwinan terakhirnya pada 2004.

Rumahnya setinggi empat tingkat mempunyai banyak bilik yang dihuni oleh 162 orang walaupun kebanyakan anak perempuannya sudah berpindah ke tempat lain selepas mendirikan perkahwinan.

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN