Lelaki dihukum mati simpan gambar protes dalam telefon - Utusan Malaysia

Lelaki dihukum mati simpan gambar protes dalam telefon

MUSTAFA AL-DARWISH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan Arab Saudi selepas gambarnya semasa remaja menyertai protes anti-kerajaan ditemukan dalam telefon bimbitnya.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menyimpan gambar yang mengancam keselamatan negara.

Tertuduh, Mustafa al-Darwish, 26, ditangkap semasa tunjuk perasaan Arab Spring dalam kalangan minoriti pengikut fahaman Syiah di negara itu pada 2011 dan 2012.

Ketika ditahan, dia berumur 17 tahun dan hukuman mati tidak boleh dijalankan kerana dia masih kanak-kanak ketika itu.

Tiga tahun kemudian, remaja itu ditahan dan menghadapi pelbagai pertuduhan kerana menyertai lebih daripada 10 rusuhan pada 2015.

Mustafa ditempatkan dalam sel bersendirian dan keluarganya memberitahu dia kerap kali tidak sedarkan diri selepas beberapa kali menjalani soal siasat yang kejam.

“Enam tahun lalu, Mustafa ditangkap bersama dua kawannya yang lain di jalan Tarout. Pihak polis kemudian membebaskan dirinya tanpa sebarang pertuduhan dan merampas telefon bimbitnya.

“Kami kemudian mendapati gambar itu menjadi punca dia didakwa kerana pihak polis menyuruh Mustafa datang dan mengambil telefonnya semula sebelum ditahan. Bagaimana dia boleh ditahan hanya disebabkan gambar di dalam telefon?,” soalnya. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.