Lelaki dakwa ditipu selepas disuntik vaksin - Utusan Malaysia

Lelaki dakwa ditipu selepas disuntik vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUCKNOW: Seorang penduduk di Aashiana membuat laporan polis kerana mendakwa dirinya ditipu selepas menerima suntikan vaksin apabila badannya kehilangan banyak antibodi.

Pengadu, Pratap Chandra, merupakan penduduk di Ruchi Khand berkata, dia mengambil suntikan vaksin pertama Covishield, 8 April lalu di Hospital Swasta di Aashiana.

Dia dijangka menerima suntikan kedua selepas tempoh 28 hari.

Chandra yang menjalankan perniagaan dalam sektor pelancongan memberitahu, dia berasa tidak sihat selepas mendapat suntikan vaksin.

“Pada 27 Mei lalu, saya mendapat laporan negatif bermakna tiada pertahanan antibodi dihasilkan selepas mengambil vaksin.

“Sebaliknya, jumlah platelet (sel yang terdapat dalam darah yang membantu pembekuan darah) saya menurun dari 300,000 kepada 150,000. Saya berasa ditipu atas nama vaksin dan nyawa saya berada dalam risiko,” luahnya.

Covishield merupakan jenama vaksin Covid-19 Oxford-AstraZeneca atau dikenali dengan AZD1222.

Pihak berkuasa memaklumkan akan mengambil tindakan lanjut berhubung perkara itu. -AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN