Kim Jong Un gelar K-pop sebagai penyakit barah - Utusan Malaysia

Kim Jong Un gelar K-pop sebagai penyakit barah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggelarkan kumpulan K-pop sebagai ‘barah’ yang semakin mengganas kerana merosakkan golongan muda di negara itu.

Kim malah mengenakan hukuman berat terhadap rakyatnya yang melanggan filem Korea Selatan, K-drama atau video K-pop.

The New York Times mendedahkan kempen anti K-pop menerusi dokumen rahsia dalaman yang bocor dari republik itu.

Berita itu pertama kali dilaporkan oleh Daily NK yang berpusat di Seoul.

Media negara itu turut membantah penyebaran pengaruh ‘anti-sosialis’ yang dilaporkan ingin mengubah ‘pakaian, gaya rambut, ucapan dan tingkah laku’ golongan muda di Korea Utara.

Kim memerintahkan pihak berkuasa menghentikan tindakan anti-sosialis itu.

Disember lalu, Kim memperkenalkan undang-undang baharu yang mengenakan hukuman lebih keras kepada individu yang menonton atau memiliki bahan hiburan dari Korea Selatan.

Undang-undang yang menetapkan hukuman dari lima tahun itu dinaikkan menjadi 15 tahun bekerja di kem buruh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN