Kapal kontena terbakar di perairan Colombo bakal tenggelam - Utusan Malaysia

Kapal kontena terbakar di perairan Colombo bakal tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Kapal kontena yang terbakar di perairan Sri Lanka minggu lalu berada dalam keadaan bahaya dan boleh tenggelam pada bila-bila masa.

Jurucakap Tentera Laut, Indika de Silva berkata, kapal itu berisiko akan tenggelam semasa kapal tunda berusaha menarik kapal laut itu.

“Usaha memadam kebakaran juga menyaksikan banyak air disembur ke geladak kapal. Kami tidak dapat mengepam air keluar kerana tercemar dengan minyak,” katanya.

Kapal MV X-Press Pearl membawa muatan bahan kimia, meletup dan terbakar selama 13 hari ketika berlabuh di ibu negara Sri Lanka, sebelum pekerja penyelamat akhirnya berjaya memadamkan api, semalam.

Kapal itu berlabuh di 18 kilometer (km) barat laut Colombo yang sedang menunggu giliran untuk memasuki kawasan pelabuhan.

Menurut tentera laut Sri Lanka, kapal kontena yang didaftarkan di Singapura itu, membawa 25 tan asid nitrik serta bahan kimia dan kosmetik.

Sebilangan besar serpihan plastik jatuh ke permukaan laut dan pihak berkuasa menzahirkan kebimbangan sekiranya kapal itu bocor sekali gus menyebabkan bencana lebih besar di Lautan Hindi.

Pihak berkuasa Sri Lanka menyifatkan kejadian itu sebagai krisis pencemaran pantai terburuk dalam sejarah negara itu. -AFP

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya