Jong-un akui Korea Utara berdepan krisis makanan - Utusan Malaysia

Jong-un akui Korea Utara berdepan krisis makanan

KIM JONG-UN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un secara rasmi mengakui negaranya menghadapi kekurangan makanan.

Lapor BBC, Jong-un memaklumkan perkara itu dalam mesyuarat jawatankuasa pusat Parti Pekerja yang bermula pada minggu ini di Pyongyang.

Dalam mesyuarat itu, Jong-un berkata, situasi bekalan makanan penduduk Korea Utara ketika ini semakin tegang.

Katanya, sektor pertanian gagal memenuhi sasaran hasil pengeluaran bijiran negara itu akibat dilanda taufan tahun lalu sehingga menyebabkan banjir.

Jelas Jong-un, pengeluaran industri negara juga meningkat 25 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Beberapa media melaporkan harga makanan di negara itu telah meningkat.

Korea Utara menutup sempadan negaranya bagi memerangi penularan wabak Covid-19.

Dilaporkan, para pegawai kanan itu dijangka berbincang mengenai hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan.

Namun, setakat ini, maklumat lanjut mengenai perbincangan itu belum didedahkan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN