Jepun buat pilihan raya selepas Olimpik - Utusan Malaysia

Jepun buat pilihan raya selepas Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga akan melaksanakan pilihan raya selepas Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo berakhir, September depan.

Jepun masih bertegas untuk menganjurkan acara sukan berprestij itu walaupun masih bergelut dengan pandemik Covid-19.

Akhbar Asahi Shimbun melaporkan, pihak kerajaan mempertimbangkan pakej rangsangan ekonomi baharu sebelum pilihan raya diadakan.

Suga bersetuju dengan pemimpin seangkatannya supaya tidak menangguhkan sesi Parlimen yang akan berakhir 16 Jun depan.

Ini bermakna Jepun akan memanfaatkan 4 trilion Yen (RM150 bilion) rizab simpanan negara untuk membuat perbelanjaan segera memerangi wabak tersebut.

“Kita memerlukan bajet tambahan tetapi sesi Parlimen akan berakhir, jadi kita tidak mempunyai masa untuk meluluskannya,” kata Penggubal Undang-Undang Parti, Shoji Nishida. -REUTERS

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya