India mula longgarkan sekatan Covid-19 - Utusan Malaysia

India mula longgarkan sekatan Covid-19

KELUARGA pesakit Covid-19 mengadakan upacara pembakaran mayat di Ghazipur, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India merekodkan sebanyak 114,460 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini, iaitu terendah dalam tempoh dua bulan, manakala angka kematian meningkat sehingga 2,677.

Sebahagian negeri di India juga dilaporkan sudah mula melonggarkan sekatan Covid-19.

New Delhi merupakan antara bandar yang akan membuka semula operasi premis perniagaan dan perkhidmatan bermula esok.

Negeri Maharashta juga bercadang melonggarkan perintah berkurung yang dilaksanakan sebelum ini bermula esok.

Namun, tindakan itu tidak dipersetujui oleh segelintir saintis yang memberi amaran India bakal berdepan dengan gelobang Covid-19 ketiga dalam tempoh terdekat.

Gelombang baharu itu dijangka menyaksikan kes jangkitan melibatkan golongan kanak-kanak. – AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN