Hotel paling tinggi di dunia di buka di Shanghai - Utusan Malaysia

Hotel paling tinggi di dunia di buka di Shanghai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Hotel mewah paling tinggi di dunia yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk restoran di tingkat 120 mula dibuka di sini.

Hotel yang diberi nama J Hotel itu teletak di bahagian atas Shanghai Tower yang mempunyai ketinggian 632 meter, sekali gus menjadi bangunan kedua tertinggi selepas Burj Khalifa di Dubai.

Pembukaan hotel itu sedikit lewat susulan pandemik Covid-19, namun sudah mula menerima pengunjung.

Para tetamu di hotel tersebut boleh bersantai di kolam renang yang terletak pada tingkat 84, selain mempunyai sebanyak 165 bilik.

Secara keseluruhan, hotel tersebut mempunyai 128 tingkat dengan harga setiap bilik dianggarkan bernilai 3,088 yuan (RM1,987) hingga 67,000 yuan (RM43,119). – AFP

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN