Elon Musk jual rumah biaya koloni manusia di Marikh - Utusan Malaysia

Elon Musk jual rumah biaya koloni manusia di Marikh

ELON MUSK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk merancang untuk menjual ‘kediaman terakhirnya’ bagi membiayai penempatan sejumlah individu yang akan tinggal di planet Marikh.           

Pada Mei tahun lalu, pengasas SpaceX itu berjanji untuk menjual semua harta bendanya dan tidak akan memiliki rumah sebelum melancarkan sebuah koloni penduduk di Marikh menjelang 2050.

Lapor Daily Star, rumah bilionair terkemuka itu yang terletak di San Francisco Bay Area juga sudah disewakan untuk beberapa acara.

Minggu lalu, Musk memberitahu beliau sudah menjual semua kediamannya yang lain.

Musk juga memberitahu kini dia menyewa hartanah utamanya  di Boca Chica, Texas daripada SpaceX.

“Program tersebut bakal memerlukan sumber yang banyak bagi membolehkan bandar diwujudkan di planet Marikh.

“Saya mahu menyumbang sebanyak mungkin kepada bandar di Marikh. Ini bermakna banyak modal diperlukan,” katanya kepada Ketua Pegawai Eksekutif Axel Springer, Mathias Dopfner dalam satu wawancara pada Disember lalu. – AGENSI   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya