Dongguan bakal jadi pusat penularan Covid-19 baharu di China? - Utusan Malaysia

Dongguan bakal jadi pusat penularan Covid-19 baharu di China?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pihak berkuasa di bandar Dongguan di wilayah Guangdong melakukan ujian saringan Covid-19 besar-besaran dan menyekat pergerakan penduduk selepas beberapa kes jangkitan dikesan buat pertama kali.

Sebanyak dua kes jangkitan dikesan pada Jumaat lalu dan penduduk yang menunjukkan keputusan ujian negatif dalam tempoh 48 jam sahaja dibenarkan keluar untuk kegiatan harian.

Selain itu, pintu masuk ke bandar tersebut ditutup, manakala perkkhidmatan bas perantara antara lapangan terbang di Guangzhou dan Shenzhen juga dihentikan.

Operasi muzium dan perpustakaan turut dihentikan buat sementara waktu.

Guangdong merekodkan 168 kes jangkitan sejak 21 Mei lalu dengan hampir 90 peratus di Guangzhou. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN