Covid-19: China catat 16 kes baharu - Utusan Malaysia

Covid-19: China catat 16 kes baharu

PENDUDUK beratur untuk mendapatkan vaksin Covid-19 di sebuah pusat kesihatan di Rongan, wilayah Guangxi, selatan China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China melaporkan sebanyak 16 kes Covid-19 baharu di ibu negaranya pada hari ini.

Pihak berkuasa kesihatan China memaklumkan, jumlah itu berkurangan berbanding 33 kes jangkitan Covid-19 yang direkodkan sehari sebelumnya.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional, daripada jumlah tersebut, sebanyak lapan kes tempatan dikesan dari wilayah selatan Guangdong.

Jelas suruhanjaya itu, China juga melaporkan sembilan kes jangkitan tanpa gejala berbanding 16 kes yang dilaporkan sebelum ini.

China tidak mengklasifikasi jangkitan tanpa gejala sebagai kes yang disahkan.

Setakat semalam, China melaporkan sebanyak 91,316 kes jangkitan yang disahkan dan angka kematian masih kekal pada 4,636 kes. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN