GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengesahkan China bebas daripada malaria selepas negara itu berusaha selama 70 tahun untuk menangani penyakit bawaan nyamuk.
China melaporkan 30 juta kes penyakit itu setiap tahun pada 1940-an namun kini menyaksikan sifar kes tempatan selama empat tahun berturut-turut.
“Kami mengucapkan tahniah kepada penduduk China dalam usaha membasmi malaria di negara itu.
“Kejayaan ini diperoleh menerusi usaha bersungguh-sungguh dan hanya dicapai selepas melakukan tindakan bersasar serta berterusan selama beberapa dekad.
“Dengan pengumuman ini, China menyertai negara-negara lain yang menunjukkan bahawa masa depan bebas malaria mampu dicapai,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Negara-negara yang mencatatkan sifar kes tempatan selama tiga tahun berturut-turut boleh memohon pensijilan WHO berkaitan status bebas malaria. – AFP