JAWA BARAT: Seorang bayi perempuan ditemui mati berbungkus dalam sebuah beg kain berwarna ungu di Kampung Cipulus, Sukawangi, Garut.
Lapor Tribunnews, Ketua Polis Tarogong Kaler, Masrokan berkata, turut ditemui dalam beg tersebut adalah seluar dalam wanita dengan tompokan darah serta tujuh pil ubat perangsang kelahiran.
Katanya, bayi itu ditemui di dalam longkang dan dianggarkan baru lahir dalam tempoh empat jam.
“Bayi itu ditemui oleh penduduk yang sedang bermain layang-layang di kawasan itu.
“Menurut saksi kejadian, mereka menyangkakan beg tersebut berisi peralatan layang-layang yang tertinggal, namun, selepas dibuka mereka melihat mayat bayi yang dibalut dengan kain sarung,” katanya.
Hasil pemeriksaan mendapati bayi tersebut masih mempunyai ari-ari dan berlumuran darah dengan berat 2.6 kilogram serta panjang 42 sentimeter.










