fbpx

5 Ogos 2021, 3:57 pm

  TERKINI

Ashgabat bandar paling mahal di dunia

ASHGABAT disenaraikan sebagai bandar paling mahal di dunia. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ibu negara Turkmenistan di Asia Tengah, dinamakan sebagai bandar paling mahal di dunia untuk golongan ekspatriat tahun ini.

Menurut firma perunding, Mercer, bandar Ashgabat di Turkmenistan yang memiliki kira-kira sejuta penduduk, mendahului dalam senarai kos sara hidup pada 2021.

Penarafan itu meletakkan Ashgabat di kedudukan teratas senarai tersebut, diikuti dengan Hong Kong pada tempat kedua, Beirut di Lubnan (ketiga), Tokyo di Jepun (keempat) dan Zurich di Switzerland (kelima).

Laporan tahunan itu merangkumi penilaian terhadap 209 bandar berdasarkan aspek kos perbelanjaan seperti perumahan, pengangkutan dan makanan.

Jelas Mercer, pihaknya menilai lebih 200 barang dan perkhidmatan untuk laporan berkenaan.

Langkah itu juga membantu syarikat dan kerajaan di seluruh dunia untuk menentukan bayaran gaji yang bersesuaian kepada ekspatriat yang bekerja dengan mereka.


Tambah Mercer, sebahagian besar bandar dalam senarai itu merupakan hab perniagaan yang mana pertumbuhan ekonomi menyebabkan harga rumah dan kos sara hidup meningkat.

Namun, di Ashgabat pula, krisis ekonomi yang dialami negara itu turut menyebabkan peningkatan dalam kos sara hidup.

Jean-Philippe Sarra dari Mercer memberitahu AFP bahawa inflasi tempatan yang tinggi merupakan antara faktor Ashgabat menduduki tempat tertinggi dalam senarai tersebut. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI