9 terbunuh nahas kereta api di China - Utusan Malaysia

9 terbunuh nahas kereta api di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANGZHOU: Seramai sembilan orang terbunuh apabila kereta api merempuh pekerja di wilayah Gansu.

Lapor BBC, kereta api itu dalam perjalanan dari Urumqi ke Hangzhou bertembung dengan kereta api yang membawa pekerja di bandar Jinchang.

Pasukan perubatan dan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian.

Namun, nahas itu menimbulkan persoalan dalam kalangan penduduk tempatan.

“Sekiranya pekerja sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan, sepatutnya pemandu kereta api sudah mengetahui tentang perkara itu.

“Bagaimana kemalangan boleh berlaku? Sembilan nyawa hilang!” soal seorang penduduk.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN