27 pelombong maut bas terhumban dalam gaung di Peru - Utusan Malaysia

27 pelombong maut bas terhumban dalam gaung di Peru

GAMBAR hiasan - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA: Sekurang-kurangnya 27 pelombong maut manakala 16 lagi cedera selepas sebuah bas yang membawa mereka dilaporkan terhumban dalam gaung di jalan bergunung di selatan Peru, semalam.

Syarikat perlombongan Ares memaklumkan bas itu dalam perjalanan dari sebuah perhentian bas berhampiran tapak arkeologi Nasca Lines menuju ke bandar Arequipa.

Berdasarkan beberapa laporan media, bas itu terhumban ke dalam gaung sedalam 400 meter, sehingga dilihat mayat penumpang berserakan di lereng bukit wilayah itu akibat tercampak keluar daripada bas.

Menurut seorang pegawai, pemandu bas itu mungkin terlelap ketika perjalanan.

Syarikat perlombongan itu memaklumkan pelombong tersebut bekerja di tapak arkeologi itu selama beberapa minggu dan sedang pulang ke rumah untuk berehat.

Menurut stesen radio, RPP, sebanyak 16 pelombong mengalami kecederaan dalam insiden tersebut dan mereka telah dibawa ke Hospital Nasca.

“Abang saya tercampak keluar dari bas dan terjatuh di atas batu. Dia cedera dan tidak dapat gerakkan badannya.

“Mereka akan menghantarnya ke Lima untuk rawatan lanjut,” kata seorang wanita bernama Adriana Cruz Taipe.

Syarikat perlombongan itu pada awalnya memaklumkan semua individu yang maut merupakan pelombong namun seorang pendakwa raya di pekan Puquio, Jhnonny Romero memberitahu kematian tersebut turut membabitkan pemandu bas tersebut.

“Kawasan itu amat berbahaya dan tertidur mungkin punca kemalangan tersebut,” kata Romero. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya