10 tahun hidup mewah akhirnya meringkuk di penjara - Utusan Malaysia

10 tahun hidup mewah akhirnya meringkuk di penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas 10 tahun menjalani kehidupan mewah dan penuh bergaya, seorang lelaki berpangkat ‘bos’ akhirnya terpaksa menerima hakikat meringkuk dalam penjara selama 37 tahun.

Lapor Mirror, perkara itu terbongkar selepas dia didapati terlibat dalam sindiket dadah antarabangsa.

Aram Sheibani, 40, terlibat dalam sindiket kokain tahap tinggi selama hampir sedekad tanpa berjaya dihidu oleh pihak berkuasa.

Lelaki yang berasal dari Manchester itu memiliki aset hartanah bernilai lima juta pound (RM29 juta) termasuk pangsapuri bernilai 1.74 juta pound (RM10 juta) di Kensington.

Sheibani menikmati kehidupan dengan berparti di seluruh dunia, memandu Bentley dan Porsche serta menjalani pembedahan kosmetik untuk dirinya dan teman wanitanya.

Dia menceritakan kekayaan miliknya adalah daripada sumber sah

Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kehidupan mewahnya adalah daripada sumber aktiviti jenayah.

Polis turut merampas wang tunai lebih sejuta pound (RM5.8 juta) di kediamannya.

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya