Warga emas derma RM2.27j untuk pulihkan ekonomi di Jepun - Utusan Malaysia

Warga emas derma RM2.27j untuk pulihkan ekonomi di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang lelaki warga emas mendermakan semua wang yang disimpan sepanjang hidupnya kepada sebuah pekan di luar Tokyo sebagai membantu pemulihan ekonomi yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Lelaki tersebut yang identitinya tidak didedahkan dilaporkan muncul di dewan perbandaran di Yokosuka semalam dengan membawa sebuah beg berisi duit dan sekeping surat.

Menurut seorang pegawai, mereka menemukan sejumlah duit berjumlah 60 juta yen (RM2.27 juta) berserta surat bertulis ‘ini adalah duit yang saya kumpul sejak sekolah lagi. Tolong gunakan dengan baik kerana ini derma dari saya’.

“Kami tidak pernah menerima sumbangan begitu banyak dari individu yang tidak dikenali,” kata pegawai tersebut.

Lelaki warga emas itu dianggarkan berusia 70 hingga 80-an dan meminta identitinya terus dirahsiakan.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Yokosuka, Katsuaki Kamiji menerusi satu kenyataan menzahirkan rasa terkejut dan terharu dengan tindakan lelaki tersebut.

“Saya hilang kata-kata, namun sangat bersyukur dengan sumbangan itu,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya