SpaceX berjaya mendaratkan roket Starship - Utusan Malaysia

SpaceX berjaya mendaratkan roket Starship

ROKET Starship dilancarkan dari Boca Chica di Texas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: SpaceX berjaya mendaratkan roket prototaip Starship di pangkalannya di Texas tanpa sebarang insiden letupan.

Ini merupakan kali pertama roket itu berjaya melakukan pendaratan dalam percubaan kelima.

Ujian penerbangan itu dilihat sebagai kejayaan terbesar bagi syarikat diasaskan oleh Elon Musk yang berhasrat membawa manusia menaiki roket Starship ke bulan.

“Starship mendarat dengan nominal,” kata Musk dalam satu ciapan di Twitter.

Nominal bermaksud normal dalam konteks penerbangan angkasa lepas.

Sebelum ini, empat percubaan ujian penerbangan terakhir Starship berakhir dengan letupan.

Dilaporkan, pendaratannya tidak begitu sempurna dengan api kecil kelihatan pada dasar kapal angkasa setinggi 50 meter yang juga dikenali sebagai SN15, sejurus selepas mendarat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya