Singapura lulus penggunaan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak - Utusan Malaysia

Singapura lulus penggunaan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) memberi kelulusan penggunaan vaksin Covid-19 untuk golongan kanak-kanak berusia antara 12 dan 15 tahun.

Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung berkata, bermula esok, penduduk yang berusia 40 hingga 44 tahun juga dijemput untuk mendaftar vaksinasi.

Vaksin Pfizer sebelum ini diberikan kepada penduduk Singapura yang berusia 16 tahun ke atas.

Jelas Ye Kung, keputusan (kelulusan) itu dibuat berdasarkan penelitian pakar vaksin Covid-19.

“Kumpulan pakar vaksin Covid-19 memaklumkan vaksin kekuaran Pfizer selamat dan berkesan untuk digunakan terhadap kanak-kanak berusia antara 12 dan 15 tahun.

“Kementerian Kesihatan (MOH) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan program vaksinasi terhadap golongan tersebut,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya