fbpx

Shaima mati syahid dibom tentera Zionis

SHAIMA ABU AL-AUF

GAZA: Hasrat seorang wanita untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya terkubur selepas Shaima Abu Al-Auf ditemui mati tertimbus dalam runtuhan bangunan selama 14 jam.

Rumahnya yang terletak di Jalan A-Wahda dibom tentera Zionis Israel yang turut mengorbankan ibu serta dua adik lelakinya.

Difahamkan, wanita berusia 21 tahun yang merupakan pelajar tahun tiga bidang pergigian itu sepatutnya mendirikan rumah tangga dalam tempoh sebulan lagi.

Syaima merupakan seorang hafizah kerana berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran.

Kisah wanita syahid itu menjadi tular dalam Twitter selepas tunangnya, Hosam Salem berkongsikan kisah mengenai wanita itu.

“Malam tadi saya menghantar mesej kepadanya dan bertanyakan di mana dia berada.

“Dia sempat menjawab, saya berada di sini mereka (tentera Israel) sedang mengebom. Saya cakap dengan dia sembunyikan diri segera, namun, mesej itu tidak berjaya dihantar,” luahnya.

Lelaki itu bagaimanapun menzahirkan kesyukuran kerana mayat tunangnya berjaya ditemui di bawah runtuhan bangunan dalam keadaan tersenyum.

“Saya reda dia mati syahid dan saya ingin dia menjadi isteri di syurga nanti sekiranya diizinkan Allah SWT,” katanya.

Pasangan itu sudah menjalinkan tali pertunangan selama dua tahun setengah dan sepatutnya berkahwin dalam bulan Syawal ini.

 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!