Sembunyi dalam lori sayur demi balik kampung  - Utusan Malaysia

Sembunyi dalam lori sayur demi balik kampung 

PIHAK polis memeriksa penumpang lori yang membawa muatan sayur-sayuran. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ekoran larangan melakukan perjalanan pulang ke kampung yang berkuatkuasa 6 hingga 17 Mei, ada individu yang sanggup menyelinap ke dalam lori yang membawa muatan sayur-sayuran. 

Taktik itu terbongkar selepas rakaman gambar serbuan dikongsikan oleh pihak Polis Metro Jaya menerusi akaun rasmi TMC Polis Metro dalam Instagram. 

Pengarah Trafik Polis Metro Jaya, Sambodo Purnomo Yogo berkata, seramai tujuh individu ditahan di Kilometer 31, Jalan Tol Cikarang menghala ke Cikampek menerusi sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihaknya. 

Katanya, individu itu membawa beg pakaian yang dibungkus dengan plastik di belakang lori yang dipenuhi sayur-sayuran.  

Jelasnya, hasil siasatan mendapati mereka melakukan perjalanan dari Bekasi ke Garut di Jawa Barat kerana ingin pulang ke kampung halaman masing-masing. 

Operasi yang dijalankan melibatkan 31 pusat pos keselamatan yang terdiri daripada 17 pusat pemeriksaan dan 14 lokasi pengasingan. 

Larangan tersebut melibatkan beberapa daerah di Indonesia yang bertujuan mengekang penyebaran wabak Covid-19. – AGENSI  

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya