GENEVA: Sekurang-kurangnya 115,000 petugas kesihatan di seluruh dunia dilaporkan meninggal dunia akibat pandemik Covid-19.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, jumlah itu dicatatkan sejak pandemik Covid-19 bermula.
“Sepanjang 18 bulan lalu, petugas kesihatan di seluruh dunia berjuang melawan pandemik Covid-19.
“Malah, ramai antara mereka terdedah dan dijangkiti wabak itu walaupun laporan kes diterima agak rendah.
“WHO menganggarkan sekurang-kurangnya 115,000 petugas kesihatan meninggal dunia akibat Covid-19,” katanya dalam ucapan pembukaan Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-74 di Geneva. – AFP










