Ratusan penduduk Poland, Lithuania sertai protes solidariti - Utusan Malaysia

Ratusan penduduk Poland, Lithuania sertai protes solidariti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW: Ratusan penduduk di Poland dan Lithuania berkumpul dan mengadakan tunjuk perasaan bagi menunjukkan sokongan mereka kepada pembangkang di negara jiran, Belarus.

Lapor BBC, para penunjuk perasaan juga mendesak pembebasan seorang wartawan propembangkang Belarus yang ditahan bersama teman wanitanya ketika pesawat yang dinaiki mereka dipaksa untuk mendarat di Minsk.

Penahanan individu tersebut mencetuskan kemarahan global dan menyebabkan Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan baharu termasuk melarang syarikat penerbangan Belarus menggunakan ruang udara blok tersebut.

Protes itu berlaku di tempat lain di Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan Australia.

Roman Protasevich, 26, dan Sofia Sapega, 23, berada dalam penerbangan dari Greece ke Lithuania apabila sebuah jet pejuang dikerahkan untuk memaksa pesawat tersebut mendarat di Minsk atas dakwaan ancaman bom palsu.

Mereka ditahan sejurus selepas pesawat penerbangan Ryanair mendarat di lokasi tersebut.

“Saya menggesa semua negara EU dan AS untuk membantu kami untuk membebaskan Protasevich, Sapega dan individu lain yang ditahan,” kata ibu kepada wartawan propembangkang, Natalia dalam protes diadakan di Warsaw.

Penunjuk perasaan di Warsaw membawa bendera pembangkang Belarus yang berwarna merah dan putih dan sepanduk tertera bebaskan Belarus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN