Polis Vietnam temukan 1,000 janin manusia - Utusan Malaysia

Polis Vietnam temukan 1,000 janin manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Polis Vietnam menemukan lebih 1,000 janin manusia yang disimpan dalam peti sejuk di sebuah pangsapuri di daerah Ha Dong, di sini selepas menerima laporan mengenai kejadian mencurigakan.

Akhbar Kinh te & Do Thi melaporkan, polis mengawasi sekumpulan individu yang dikesan membawa beg hitam di kawasan pangsapuri berkenaan.

Polis kemudiannya menyerbu rumah tersebut dan menemukan dua peti sejuk besar yang dipenuhi dengan beg hitam.

Hasil siasatan mendapati kesemua beg hitam itu mengandungi janin manusia dan empat orang ditahan bagi membantu siasatan.

Peti sejuk berkenaan dirampas dan kesemua janin diserahkan ke pusat pengebumian.

Siasatan awal mendapati keempat-empat suspek sering mengumpul janin manusia hasil pengguguran haram di klinik dan tempat pembuangan sampah. – AGENSI

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya