Parti politik Modi tewas di Bengal Barat - Utusan Malaysia

Parti politik Modi tewas di Bengal Barat

PENDUDUK meraikan kemenangan parti TMC di Bengal Barat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Parti politik yang diwakili oleh Perdana Menteri, Narendra Modi gagal memenangi hati rakyat Bengal Barat selepas tewas majoriti kepada Parti Kongres Trinamool (TMC) dalam pilihan raya yang diadakan di tengah pandemik Covid-19.

Lapor BBC, Parti Bharatiya Janata (BJP) mensasarkan kerusi Bengal Barat namun ia dimenangi oleh pemimpin TMC, Mamata Banerjee yang juga merupakan pengkritik lantang pentadbiran Modi.

Modi dituduh terlalu memberi fokus kepada pilihan raya berbanding isu penularan pandemik Covid-19 yang semakin buruk di negara itu.

Pilihan raya turut berlangsung di Assam, Tamil Nadu, Kerala dan Puducherry.

BJP berjaya mengekalkan kuasa di negeri Assam namun gagal menang besar di beberapa negeri lain.

Penganjuran kempen dan pilihan raya didakwa menjadi punca lonjakan kes Covid-19 di India.

Sehingga kini, TMC mendahului dengan memenangi lebih 200 kerusi daripada jumlah 294 kerusi kawasan Parlimen.

Keputusan itu sekali gus menjangkakan kemenangan di pihak Mamata dan menjadikan beliau sebagai pemimpin di Bengal Barat untuk kali ketiga.

Mamata ketika ini merupakan satu-satunya Ketua Menteri wanita di India.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya